CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Friday, January 1, 2010

Selamat tahun baru 2010....

Diam x diam kita dah melangkah ke tahun 2010..memang cepat masa berlalu, tanpa kita sedari masa tidak pernah berpaling untuk menanti kita menyainginya..kita perlu terus melangkah dan melangkah tanpa ada kesempatan untuk mengundur walau setapak ke belakang.
Tahun 2009 banyak menyaksikan kejatuhan & kebangkitan kami sekeluarga..Semuanya kami lalui dengan penuh sabar & tabah. Kalau ikutkan hati ada masa aku rasa tersangat2 sedih & kecewa namun aku cepat2 tersedar, hidup ini hanya sementara & umpama roda..Ada masa kita di atas & x sentiasa pula kita di bawah...
Aku amat berharap tahun 2010 ini akan membawa lebih keharmonian, ketenteraman, kebaikan, keinsafan, kemewahan, kerahmatan dan segala macam ke lagi untuk kami sekeluarga.. Ade beberapa perkara yang memang membuatkan aku teramat kecewa tapi aku redha kerana semuanya telah tersurat di azali....Aku juga sedar banyak perkara yang harus aku perbetulkan dalam melalui liku2 kehidupan kerana aku bukanlah insan yang sempurna..
Tahun ni aku berdebar menanti kelahiran anak ke empatku... Hadir lagi seorang insan yang bakal mewarnai hidup kami, aku amat teruja menantikan dirinya.. Sengaja kami tak nak tau jantina baby ni coz nak surprise!!! Aku dah sediakan nama untuk bakal baby ni tapi xmo kongsi dulu...Biar baby selamat kuar dulu...Oklah...ade beberapa pic yang kami nak kongsi tapi disebabkan masalah teknikal xsempatla nak upload hari ni... tunggu ye...
Last but not least, happy new year!!!!