CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Thursday, September 9, 2010

Salam Aidilfitri 2010


Syawal datang lagi tahun ini... Seperti biasa aku keseorangan hanya ditemani anak2. Sayu tapi inilah suratan yang harus kutempuhi...Segalanya sudah semakin biasa kulalui..
Namun aku redha kerana memang ini yang kupilih untuk aku tempuhi saban tahun.. hanya yang tahu memahami gelora di hati...
Walau apa yang berlaku Aidilfitri tetap datang dan pergi..Aku mengambil kesempatan ini mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf zahir & batin buat semua ahli keluarga, rakan2 juga mereka yang mengenali diri ini..




Collection From yummyflashy.blogspot.com

Wednesday, April 7, 2010

Indahnya Sentiasa Berada Di Sisimu...







Dari balik keje semalam badan memang rasa letih yang teramat sangat. Kena plak dah bengkak susu kes terlupa nak perah..

Sampai rumah je terus baring dengan Isq sambil susukan dia. Terus terlelap dah xbole nak buka mata langsung, Isq pon sama sedap je sambung layan lena.. Dalam pukul 11 baru terjaga tu pun sbab rasa macam kena himpit, rupa2nya abang plak tido belah tepi hisap botol sambil gentel telinga mummy..

Haru betul..kesian abang sejak ade adik ni terabai sikit..bukan apela kalu dulu ade gak layan dia main2...Tapi skarang asyik mengadap Isq. Tambah plak Isq ni meragam je, susu botol xnak minum, puting getah/plastik pun xnak...Nak melekap je 24 jam maklumla menyusu badan..Bila kita bangun je automatik dia pun buka mata..bila dah buka mata xlepaskan peluang berbual dengan dia..Skang dia dah pandai kalau kita agah, dah senyum n kalau bernasib baik boleh dengar dia ketawa..Indahnya...

Kesian bila hantar rumah Kak Nor(babysitter) terpaksa gak dia telan susu formula. Skarang kak Nor dah suapkan Isq makan nestum beras, nak elakkan dari Adik rasa lapar..Dia slalu gak cakap Isq menangis macam budak kena pukul..aku xheran sbab aku dah tau camana pe'el Isq..Bila nak pegi keje je sayu rasa hati...Macam sekejap sangat bersama dengan Abang n Adik..Indahnya kalau dapat bersama sentiasa tapi nanti kewangan plak merana hehehe...Xpelah mummy terpaksalah berkorban untuk pastikan anak-anak mummy senang...

Monday, April 5, 2010

My New Baby




Tanggal 30 January 2010 pada jam 2.18 a.m, merupakan satu lagi tarikh keramat dalam kehidupanku sebagai seorang "mummy"..Noor Ayrill Isqandar bin Noorsharil Yusmarizal kulahirkan setelah 3 hari menjadi penghuni setia katil 17 di Wad Timur tingkat 3 Hospital Sultanah Aminah.
Pelbagai kenangan pahit manis kulalui sepanjang menghadapi saat2 kelahiran.. Aku di masukkan ke hospital setelah merasai kesakitan pada 27 January 2010. Sebenarnya beberapa hari sebelum tu aku dah rasa sakit, tapi aku tahan je sebab kalau boleh aku nak bersalin secara normal. Abang kulahirkan secara caesar so aku dah serik nak lalui pengalaman tu lagi namun kuasa Allah tiada siapa yang boleh pertikaikan..
Nampaknya bersalinkan Adik lebih kurang sama macam Abang dia jugak..Ntah kenapa anak bujang aku dua-dua pilih untuk keluar ikut tingkap hehehe..
Apa pun aku memanjatkan jutaan kesyukuran ke hadrat Ilahi kerana memanjangkan umurku dalam pertarungan melahirkan cahaya mataku yang ke empat ni... Pejam celik dah hampir 3 bulan berlalu segala pengalaman jerih perih melahirkan hero ke dua ku ini.. Hari ni Adik dah pandai respon kalau aku mengagah...siap gelak2 lagi kalau betul caranya..
Duhai anak2 mummy, kamulah harta yang tidak ternilai buat mummy. Kehadiran kamu semua melengkapkan hari2 indah yang mummy lalui. Akan mummy berusaha membuat yang terbaik untuk kalian semua. Mummy doakan kalian akan menjadi anak2 yang soleh & solehah.. Amin ya rabbal alamin....

Friday, January 1, 2010

Selamat tahun baru 2010....

Diam x diam kita dah melangkah ke tahun 2010..memang cepat masa berlalu, tanpa kita sedari masa tidak pernah berpaling untuk menanti kita menyainginya..kita perlu terus melangkah dan melangkah tanpa ada kesempatan untuk mengundur walau setapak ke belakang.
Tahun 2009 banyak menyaksikan kejatuhan & kebangkitan kami sekeluarga..Semuanya kami lalui dengan penuh sabar & tabah. Kalau ikutkan hati ada masa aku rasa tersangat2 sedih & kecewa namun aku cepat2 tersedar, hidup ini hanya sementara & umpama roda..Ada masa kita di atas & x sentiasa pula kita di bawah...
Aku amat berharap tahun 2010 ini akan membawa lebih keharmonian, ketenteraman, kebaikan, keinsafan, kemewahan, kerahmatan dan segala macam ke lagi untuk kami sekeluarga.. Ade beberapa perkara yang memang membuatkan aku teramat kecewa tapi aku redha kerana semuanya telah tersurat di azali....Aku juga sedar banyak perkara yang harus aku perbetulkan dalam melalui liku2 kehidupan kerana aku bukanlah insan yang sempurna..
Tahun ni aku berdebar menanti kelahiran anak ke empatku... Hadir lagi seorang insan yang bakal mewarnai hidup kami, aku amat teruja menantikan dirinya.. Sengaja kami tak nak tau jantina baby ni coz nak surprise!!! Aku dah sediakan nama untuk bakal baby ni tapi xmo kongsi dulu...Biar baby selamat kuar dulu...Oklah...ade beberapa pic yang kami nak kongsi tapi disebabkan masalah teknikal xsempatla nak upload hari ni... tunggu ye...
Last but not least, happy new year!!!!

Tuesday, November 24, 2009

PIC BABY MASA SCAN (4 bulan)

Tuesday, September 29, 2009

SALAM AIDILFITRI UNTUK SEMUA



Wednesday, July 8, 2009

Aku pregnant lagi....

Suka? Happy? Ofcourselah babe..Aku memang mengharap untuk dapat seorang lagi cahaya mata pada umur 30-an. Lagipun aku dah lama bincang dengan Ayang better ada sorang lagi, senang Ayrill dapat kawan untuk bermain. Ini tak, dahlah aku n Ayang keje, pegi pagi balik malam..dia mainlah sorang2..Kesian hero mummy!!
Oh ye salah satu sebab plak coz "belah sana" pon dah tambah lagi 1, so rasanye xde salah kalu aku pon tambah gak..barulah adil & saksama katanye..hehehe....
Yang aku x larat plak nak tanggung rasa loya n mabuk yang melanda..Nilah satu2nye benda yang wat aku tercabar. Tiga-tiga anak aku sebelum ni pon camtu gak..sampai dalam sebulan keje adelah 5-6 hari aku mc..Tapi xlama paling kuat pon 3 bulan pertama je, pastu ok..
Alhamdulillah yang ni ok plak, means..xla teruk sangat macam yang dulu2..Mabuk2 cket besela..Anyway aku just harapkan anak yang bakal aku lahirkan nanti sihat walafiat n selamat serta cukup sifatnya..
Tapi aku lom pegi klinik lagi wat check-up..malas nak pegi masa awal2 kandungan ni..Bukan pe dari pengalaman yang sudah2 xlarat nak QUE n menunggu giliran tuk pemeriksaan.Maklumla kami ni biasanye pegi check-up kat klinik gomen je, xdela nak ke prebet, bukan xmampu tapi sayang nak buang duit, bagus budget tu guna tuk baby bila dah lahir nanti...
So rasanye ni je dulu tuk coretan kali ni..InsyaAllah next time bila rajin adalah cite terbaru yang akan aku sampaikan..

Thursday, June 18, 2009

Ayrill 3 tahun dah.....





Terlambat nak post pasal birthday Ayrill. Banyak sangat keje skarang ni..Masa dengan ayrill pon dh kureng. Kadang2 kesian kt dia. Aku & Ayang pegi pagi balik malam..
Tambah plak dengan berita terbaru..Jeng Jeng Jeng...aku pregnant...
Cepat penat, tambah lagi dengan sgala pening loya mual ni...
Anyway aku ambil kesempatan ni nak uar-uarkan Ayrill dah genap 3 tahun pada 13 Jun 2009 yang lepas...Semoga Allah panjangkan umur n murahkan rezeki dia..N Aku harap dia akan jadi insan yang berguna untuk keluarga, bangsa, agama & negara di masa akan datang.. Amin...

Monday, May 11, 2009

X Pasal2 G Hospital...


8/5/2009..Dada aku sakit giler(area jantung)... Aku mmg biasa kena sakit mcm tu, tp hari tu memang sakit dia aku rasa dh mcm nk mati pon ade..
Biasenye aku rasa sakit dalam 1-2 minit je pastu sakit tu hilang..Hari tu aku siap tengok jam kat pc, lebih dari 5 minit.. Aku mula2 panggil AYANG nk ajak g spital..
Kebetulan hari tu mmg bz coz esoknye ade function.. Tggu dia dtg opis pnye la lame.. Sakit aku reda cket. Aku pon call die cakap xnak pegila..
Perut lapo pon ade, so aku bwa2la brjalan g ke kitchen.
X sangka plak aku leh pitam depan opis Club..Kecohla satu club..
So inila yg aku dpt bile g spital..........


DAPAT MC SEHARI... TANGAN KENA CUCUK SIAP CHECK DARAH..

Wednesday, April 29, 2009

SUAMIKU DPT BABY BARU....

HARI NI TANGGAL 29 APRIL 2009 HADIR SEORANG LAGI INSAN KE DALAM HIDUP SUAMIKU TERSAYANG...KATANYA BABY GIRL..WALAUPUN AKU TAK MUNGKIN DAPAT MENATAP WAJAHNYA AKU TAHU DIA PASTI SENTIASA DI BERKATI & DI RAHMATI OLEHNYA..
AKU TIDAK PASTI APA YANG AKAN AKU TEMPUHI DI HARI MENDATANG TETAPI YANG PASTI AKU AKAN MENEMPUHINYA DENGAN PENUH KESYUKURAN KE HADRAT ILAHI..
SUDAH PELBAGAI PERISTIWA YANG MEWARNAI HIDUPKU NAMUN DENGAN KEKUATAN DARI ANAK2 DAN KELUARGA AKU HARUNGI SEGALANYA DENGAN TABAH..
YA ALLAH KAU BERIKAN AKU KESIHATAN DAN KEKUATAN UNTUK AKU MENGHADAPI SEGALA CABARAN YANG MENDATANG..KAU KURNIAKAN JUA KESIHATAN DAN KEBERKATAN TERHADAP IBU-BAPAKU, ANAK2 KU, SUAMIKU, KEDUA MERTUAKU, AHLI KELUARGAKU DAN SELURUH UMAT ISLAM..JADIKANLAH KAMI INSAN YANG SENTIASA BERSYUKUR TERHADAP KURNIAAN REZEKIMU..AMIN

Wednesday, April 22, 2009

Offday Activities




Last 2 weeks kitorg pakat2 g tanjung balau lg sekali...
hubby aku memang xde keje lain. Ajak geng die g mancing..
Aku pon join gak...Dapatler 4-5 ekor ikan..Seharian xtido tau!!

Wednesday, January 7, 2009

Tempat keje baru....

OKAY CITE PASAL LATEST NEWS AKU SKARANG DAH KEJE KAT GOLF CLUB YANG BARU DI BUKA. KIRA KITORG YG 1ST BATCH TEAM LA.. BARU TAK BARU KITORANG START JOIN 1ST JULY 2008. NAMA GOLF CLUB NI HORIZON HILLS GOLF & COUNTRY CLUB. KAT CNI PUN AKU TAK TAU SAMPAI BILA AKU AKAN BERTAHAN...TUNGGU DAN LIHAT AJELE..

KEJE CNI MEMANG RELAX MASA MULA2 BUKA DULU.. ASYIK POSING JER!! TIME BREAK SEMPAT AMEK GAMBAR DGN HUBBY GUE... NI MASA DORG CELEBRATE MOON CAKE FESTIVAL

Thursday, October 9, 2008

Syawal Tiba Lagi....

Salam semua... Hehehehe..Hari ni 9 Syawal.. Aku masih belum puas g beraya. 30hb Sept. aku dah start cuti n balik ke kg. Malangnye org tua aku xdapat beraya bersama. Sedih sangat, dahla sebelum ni aku da 2 tahun xbalik raya..huhuhu Dapat cuti, parents aku plak yang takde. Diorang g honeymoon berdua.
Walau apa pun aku sempat gak la menyinggah ke beberapa buah rumah teman2 seperjuangan yang da lama x jumpa..
Anyway aku rasa masih belum terlambat untuk mengucapkan Salam Lebaran buat semua.. Ikhlas Dari Sharil, Ayu n anak2 sekeluarga...

Tuesday, June 24, 2008

13 JUNE 2008- Ayell 2 tahun

Happy Birthday Myspace Comments
MyNiceSpace.com

Hari yang di tunggu2 tiba juga... Tanggal 13 June 2006 Ayrill dilahirkan dengan airmata dan keringat dan hari ini 13 June 2008 dia telah pun berusia 2 tahun. Alhamdulillah kami di beri peluang meraikannya walau dengan sambutan yang sederhana. Bagiku adalah lebih baik mendidik dia dengan kesederhanaan walaupun kami mampu memberikan segalanya untuk dia..

Friday, June 20, 2008

Untuk Renungan Bersama...

Ini adalah petikan dari Motivasi Dr. HM Tuah Iskandar. Aku memang minat gak baca hasil tulisan Dr. Tuah, penuh inovasi dan motivasi. Aku dapat ni dari blog jugak, aku pernah terbaca kata-kata ni suatu masa dulu.. So aku kongsikan disini buat tatapan korg sume sbg suatu ingatan dan pegangan bukan saja buat korg tp untuk aku sendiri yang masih banyak melakukan kesilapan dan kesalahan terhadap insan bergelar suami.....
SETELAH ANDA DI IJABKABULKAN, SATU PERJANJIAN TELAH DI BENTUK. ANDA TELAH MERELAKAN DIRI ANDA BERGELAR ISTERI DAN RELA MEMANGGIL ORANG BERKENAAN YANG LANGSUNG TIADA PERTALIAN DENGAN ANDA SEBELUMNYA SEBAGAI SUAMI.
ANDA MERELAKAN SEGALANYA KEPADA DIA DAN DEMIKIAN DIA TERHADAP ANDA. SETELAH DIIKAT DENGAN TALI PERKAHWINAN MENGAPA TIDAK ANDA PEJAMKAN MATA DAN ANGGAPLAH DIA PASANGAN YANG TERBAIK, DIA MEMANG DI JADIKAN BUAT ANDA, DIA ADALAH SEGALA-GALANYA.
BENTUKLAH KEBAHAGIAAN BERSAMA. JANGAN MIMPI-MIMPIKAN LAGI ORANG LAIN SELAIN DIA. JANGAN ANGAN-ANGANKAN PERKARA YANG BUKAN-BUKAN.. iNGAT ANDA DI JADIKAN DARI TULANG RUSUKNYA. RELAKAN DIRI ANDA UNTUK BERTOLAK ANSUR DALAM BEBERAPA HAL UNTUK MENCARI KESUKAAN DAN KEBENCIAN BERSAMA. RELAKAN MEMBINA BAHAGIA DAN DIALAH ALATNYA.
SELAGI MANA SUAMI ANDA ITU MASIH MENJALANKAN TANGGUNG JAWABNYA, DIA MASIH INGAT RUMAH, INGAT ANAK-ANAK DAN INGAT UNTUK MENCARI REZEKI, DIA MASIH SEORANG LELAKI YANG BOLEH DI HARAPKAN. APALAGI JIKA DIA SEORANG YANG TIDAK MENINGGALKAN IBADAH-IBADAH FARDHU, KEKURANGAN-KEKURANGAN YANG LAIN PADA DIRINYA HANYALAH SEKADAR KEKURANGAN UNTUK MEMBENARKAN KATA-KATA, "NO MAN IS PERFECT"...

Monday, June 16, 2008

KETULUSAN HATI

Photobucket
CINTAKU TAK BERDUSTA ** TAK MENGENAL INGKAR ** TAK KENAL NESTAPA ** CINTAKU HANYA INDAH ** HANYA BAHAGIA UNTUK SELAMANYA ** APA YANG KURASAKAN INI ** PERSEMBAHAN UNTUK DIRIMU ** KAU DENGARKAN KASIHKU ** MENCINTAIMU TAK MENGENAL WAKTU ** TAK MENGENAL PUITIS ** HANYA TULUSNYA HATI ** MENCINTAIMU TAK MENGENAL RAGU ** KEYAKINAN HATIKU HANYA UNTUK DIRIMU ..SELALU ** CINTAKU TAK BERDUSTA ** TAK MENGENAL INGKAR ** TAK KENAL NESTAPA ** TAK ADA SERIBU JANJI ** HANYA BAHAGIA UNTUK SELAMANYA **

lagu anuar zain ni request dari insan yang tersayang sape lagi kalau bukan SUAMIKU TERSAYANG... Ami n AYell ambil kesempatan ni untuk ucapkan HAPPY FATHER'S DAY BUAT PAPA!! We love u PAPA...

Tuesday, June 10, 2008

SEHARI DI TANJUNG BALAU ..2007


KITORANG PEGI BERCUTI DI TANJUNG BALAU, KOTA TINGGI JOHOR.. LAUT & PANTAI DIA KALAH P.D BABE!!! FIRST TIME PEGI HATI AKU TERPANGGIL UNTUK DATANG LAGI..INSYA ALLAH PANJANG UMO MURAH REZEKI KAMI AKAN DATANG LAGI..

WAKEJEBEB!!!!!



Ni pose aku masa tengah keje...eh bkan ni tengah "SNAKING"(ni bahase aku means NGULO..suke ati akula nak wat bhase sndiri,hehe..)Aku baru start keje 1st April tahun ni kat cni. Company ni pengeluar pewter (in GIFT industriesla..) terPEMES kat Malaysia malah antara yang terkenal di dunia. Malas aku nak sebut namanya kang ada plak yang cakap aku tumpang glamer..Anyway maybe aku tak lama kat cni coz...errrmmm.. aku takleh layan environment dia yang slowww n steadyy... Maybe aku akan dapat keje baru dalam masa yang terdekat ni.. Hehehe! Aku memang dah bese wat perangai tuko2 keje ni... Nanti aku inform tempat keje baru eh...TUNGGUUUUUU!!!

HANYA AKU Ayudgreat_79....


AMBILLAH WAKTU UNTUK BERFIKIR, ITU ADALAH SUMBER KEKUATAN. AMBILLAH WAKTU UNTUK BERMAIN, ITU ADALAH RAHSIA DARI MASA MUDA YANG ABADI. AMBILLAH WAKTU UNTUK BERDOA, ITU ADALAH SUMBER KETENANGAN. AMBILLAH WAKTU UNTUK BELAJAR, ITU ADALAH SUMBER KEBIJAKSANAAN. AMBILLAH WAKTU UNTUK BERSAHABAT, ITU ADALAH JALAN MENUJU KEBAHAGIAAN. AMBILLAH WAKTU UNTUK TERTAWA, ITU ADALAH MUZIK YANG MENGGETARKAN HATI. AMBILLAH WAKTU UNTUK MEMBERI, ITU MEMBUAT HIDUP TERASA BERERTI. AMBILLAH WAKTU UNTUK BEKERJA, ITU ADALAH NILAI KEBERHASILAN. AMBILLAH WAKTU UNTUK BERAMAL, ITU ADALAH KUNCI MENUJU SYURGA.. AMIIINNN

Anugerah Yang Tak ternilai

Monday, June 9, 2008

MY LUV..Ayell n Papa


Masa ni ayell baru 18 bulan...tapi aku slalu bawa dia pegi tempat papa dia keje... Budak2 hotel pun dah wat ayell mcm anak2 diorang sendiri..Maklumla aku ni merantau kt negeri org...kena pandai-pandaila nak bawa diri..huhuhuhu...

MY ONE & ONLY.. sayangku...



Kami di takdirkan bertemu setelah aku gagal dalam mempertahankan mahligai yang pernah kubina hampir bermusim lamanye...Dialah jejaka yang berjaya membuka kembali pintu hatiku yang tertutup. Anak kelahiran Rembau, N.9 ni memegang jawatan sbg. CHEF di salah sebuah Hotel 5 Star di JB ni...Demi dia aku tinggalkan segalanye..Doa2kan lah semoga mahligai yang kami bina ini berkekalan ke akhir hayat. Aku dah tak sanggup hadapi kegagalan.. sekarang ni kami sedang melalui episod2 suka & duka dalam rumahtangga maklumlah fasa pertama (5 tahun) perkahwinan selalunya memang ade pasang surutnye...Masih banyak yang akan kami lalui dan tempuhi, perjalanan ini masih panjang sayangku....Semoga kehidupan kita dirahmati & diberkati sentiasa, AMIN

FRESH PRINCE OF MINE....




MY ONLY SON.. NOOR AYRILL AQASHA was born in Carjunk?? - Hopital Kajang daaa.. his birthdate on June 13, 2006 born @ 11.35pm weighs about 3.25kg.. caesarean becoz of de tali pusat had go round his neck ( 3 lilit tuuuu )that's why i had to be in da hospital for almost a week..bosan duk sepital i tell uuuu,but all the tears & pain vanished when a nurse showed him 2 me the first time after giving birth to him.. It was the most wonderful moments in my life( I believes all moms felt the same way too)... This month he's going to be 2 yrs old, getting naughtier-cleverer and smarter in every second of his life.... well look at him now

MY DEAREST PRINCESSSS....

FROM LEFT: AYONG, AMIE & AYSHAH
AYONG - NUREEN ILYANA AYZAM (24/02/2001)...NAMA "ILYANA" DI BERI OLEH NORMAH SAKIMAN...XDE IDEA PUNYA PASAL BEB....MOST OF THE PERSON I KNEW TOLD ME, WE'R MOSTLY LOOK A LIKE?? MAYBE YES?.. SHE IS VERY DE ACTIVE GIRL, A BIT TOMBOYISH (HEHEHE!!) BUT ONE THING FOR SURE SHE'S BETTER THAN ME IN ARTS..SHE'S AN ARTIST.. LOVES TO DRAW AND HER COLOURING SKILLS ARE SUPERB!!! AKU DARI DULU SAMPAI LA NI HAMPEH,..OUT BILA MELUKIS N KALER2 NI... WE SHARE THE SAME BIRTHPLACE THAT WAS IN HOSPITAL BESAR SEREMBAN, N.9 N ALSO THE SAME DATE "24"...AKU BERSALINKAN DIA PADA PUKUL 9.44AM... NORMAL/3.20KG..YG KELAKARNYE 2 HARI SEBELUM BERSALIN AKU DH SAKIT THEN PEGI KLINIK DOCTOR BAGI MC 1 HARI (RABU), DOC KATA "LAMBAT LAGI NI" THEN HARI KHAMIS N JUMAAT AKU SIAP PEGI KEJE LAGI....TAU2 HARI SABTU DARI KUL 6.00AM AKU START SAKIT BALIK, PEGI HOSPITAL X SAMPAI SEJAM, LAHIRLAH PUTERI SULUNGKU INI....SEKARANG DIA DH BERUMO 7 TAHUN SEKOLAH KT LENGGENG N.9..

AYSHAH - NUR DALILA AYSHAH (12/02/2003)... YANG SORG NI LAGI BEST.. BAYANGKAN BADAN AKU YANG KERING NI BERSALINKAN SORG BABY YG BERATNYE..jengjengjeng..3.8KG..DEKAT 4 KILO TU.. NORMAL TAU!! SO PARA IBU2 SURE DAPAT BAYANGKAN CAMNE PERITNYE...DAH XDE TENAGA AKU NAK PUSH C TEMBAM SORG NI..DAH TAWAKAL JE MASA TU, TAPI BERKAT DORONGAN NURSE & DOC YANG BERTUGAS, ALHAMDULILLAH AKU BERJAYA....AYSHAH AKU LAHIRKAN PADA HARI RAYA HAJI 2003. AYSHAH JUGA DILAHIRKAN DI HOSPITAL BESAR SEREMBAN.. YANG KELAKARNYE BIDAN YANG SAMBUT DIA DOCTOR PELATIH MUDE DARI AKU PLAK TUE SIB BEK PEMPUAN!!! SIAP CADANGKAN MCM2 NAMA YANG BERKAITAN DGN AIDIL ADHA.."SOWY I OREDI HAVE THE NAME FOR HER" KATAKU DLM HATI SMBIL TERSENYUM SUMBING...PUTERI KE DUAKU INI PULA SEKARANG 5 TAHUN N SEKOLAH KAT TADIKA LENGGENG...

AKU RINDU KAT DIORANG TAPI AKU X MAMPU NAK BAWA DIORANG DUK DGN AKU SKARANG NI... TAPI AKU DAH BERNIAT SUATU MASA NANTI DIORANG AKAN TGGAL SEKALI DGN AKU... TOLONGLAH DOA2KAN IYE... TAPI AKU SELALU CALL DIORANG.. KENALA AMEK TAU PASAL ANAK2 YANG JAUH DI MATA BEB....