CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Thursday, September 9, 2010

Salam Aidilfitri 2010


Syawal datang lagi tahun ini... Seperti biasa aku keseorangan hanya ditemani anak2. Sayu tapi inilah suratan yang harus kutempuhi...Segalanya sudah semakin biasa kulalui..
Namun aku redha kerana memang ini yang kupilih untuk aku tempuhi saban tahun.. hanya yang tahu memahami gelora di hati...
Walau apa yang berlaku Aidilfitri tetap datang dan pergi..Aku mengambil kesempatan ini mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf zahir & batin buat semua ahli keluarga, rakan2 juga mereka yang mengenali diri ini..




Collection From yummyflashy.blogspot.com

Wednesday, April 7, 2010

Indahnya Sentiasa Berada Di Sisimu...







Dari balik keje semalam badan memang rasa letih yang teramat sangat. Kena plak dah bengkak susu kes terlupa nak perah..

Sampai rumah je terus baring dengan Isq sambil susukan dia. Terus terlelap dah xbole nak buka mata langsung, Isq pon sama sedap je sambung layan lena.. Dalam pukul 11 baru terjaga tu pun sbab rasa macam kena himpit, rupa2nya abang plak tido belah tepi hisap botol sambil gentel telinga mummy..

Haru betul..kesian abang sejak ade adik ni terabai sikit..bukan apela kalu dulu ade gak layan dia main2...Tapi skarang asyik mengadap Isq. Tambah plak Isq ni meragam je, susu botol xnak minum, puting getah/plastik pun xnak...Nak melekap je 24 jam maklumla menyusu badan..Bila kita bangun je automatik dia pun buka mata..bila dah buka mata xlepaskan peluang berbual dengan dia..Skang dia dah pandai kalau kita agah, dah senyum n kalau bernasib baik boleh dengar dia ketawa..Indahnya...

Kesian bila hantar rumah Kak Nor(babysitter) terpaksa gak dia telan susu formula. Skarang kak Nor dah suapkan Isq makan nestum beras, nak elakkan dari Adik rasa lapar..Dia slalu gak cakap Isq menangis macam budak kena pukul..aku xheran sbab aku dah tau camana pe'el Isq..Bila nak pegi keje je sayu rasa hati...Macam sekejap sangat bersama dengan Abang n Adik..Indahnya kalau dapat bersama sentiasa tapi nanti kewangan plak merana hehehe...Xpelah mummy terpaksalah berkorban untuk pastikan anak-anak mummy senang...

Monday, April 5, 2010

My New Baby




Tanggal 30 January 2010 pada jam 2.18 a.m, merupakan satu lagi tarikh keramat dalam kehidupanku sebagai seorang "mummy"..Noor Ayrill Isqandar bin Noorsharil Yusmarizal kulahirkan setelah 3 hari menjadi penghuni setia katil 17 di Wad Timur tingkat 3 Hospital Sultanah Aminah.
Pelbagai kenangan pahit manis kulalui sepanjang menghadapi saat2 kelahiran.. Aku di masukkan ke hospital setelah merasai kesakitan pada 27 January 2010. Sebenarnya beberapa hari sebelum tu aku dah rasa sakit, tapi aku tahan je sebab kalau boleh aku nak bersalin secara normal. Abang kulahirkan secara caesar so aku dah serik nak lalui pengalaman tu lagi namun kuasa Allah tiada siapa yang boleh pertikaikan..
Nampaknya bersalinkan Adik lebih kurang sama macam Abang dia jugak..Ntah kenapa anak bujang aku dua-dua pilih untuk keluar ikut tingkap hehehe..
Apa pun aku memanjatkan jutaan kesyukuran ke hadrat Ilahi kerana memanjangkan umurku dalam pertarungan melahirkan cahaya mataku yang ke empat ni... Pejam celik dah hampir 3 bulan berlalu segala pengalaman jerih perih melahirkan hero ke dua ku ini.. Hari ni Adik dah pandai respon kalau aku mengagah...siap gelak2 lagi kalau betul caranya..
Duhai anak2 mummy, kamulah harta yang tidak ternilai buat mummy. Kehadiran kamu semua melengkapkan hari2 indah yang mummy lalui. Akan mummy berusaha membuat yang terbaik untuk kalian semua. Mummy doakan kalian akan menjadi anak2 yang soleh & solehah.. Amin ya rabbal alamin....

Friday, January 1, 2010

Selamat tahun baru 2010....

Diam x diam kita dah melangkah ke tahun 2010..memang cepat masa berlalu, tanpa kita sedari masa tidak pernah berpaling untuk menanti kita menyainginya..kita perlu terus melangkah dan melangkah tanpa ada kesempatan untuk mengundur walau setapak ke belakang.
Tahun 2009 banyak menyaksikan kejatuhan & kebangkitan kami sekeluarga..Semuanya kami lalui dengan penuh sabar & tabah. Kalau ikutkan hati ada masa aku rasa tersangat2 sedih & kecewa namun aku cepat2 tersedar, hidup ini hanya sementara & umpama roda..Ada masa kita di atas & x sentiasa pula kita di bawah...
Aku amat berharap tahun 2010 ini akan membawa lebih keharmonian, ketenteraman, kebaikan, keinsafan, kemewahan, kerahmatan dan segala macam ke lagi untuk kami sekeluarga.. Ade beberapa perkara yang memang membuatkan aku teramat kecewa tapi aku redha kerana semuanya telah tersurat di azali....Aku juga sedar banyak perkara yang harus aku perbetulkan dalam melalui liku2 kehidupan kerana aku bukanlah insan yang sempurna..
Tahun ni aku berdebar menanti kelahiran anak ke empatku... Hadir lagi seorang insan yang bakal mewarnai hidup kami, aku amat teruja menantikan dirinya.. Sengaja kami tak nak tau jantina baby ni coz nak surprise!!! Aku dah sediakan nama untuk bakal baby ni tapi xmo kongsi dulu...Biar baby selamat kuar dulu...Oklah...ade beberapa pic yang kami nak kongsi tapi disebabkan masalah teknikal xsempatla nak upload hari ni... tunggu ye...
Last but not least, happy new year!!!!