CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Monday, April 5, 2010

My New Baby




Tanggal 30 January 2010 pada jam 2.18 a.m, merupakan satu lagi tarikh keramat dalam kehidupanku sebagai seorang "mummy"..Noor Ayrill Isqandar bin Noorsharil Yusmarizal kulahirkan setelah 3 hari menjadi penghuni setia katil 17 di Wad Timur tingkat 3 Hospital Sultanah Aminah.
Pelbagai kenangan pahit manis kulalui sepanjang menghadapi saat2 kelahiran.. Aku di masukkan ke hospital setelah merasai kesakitan pada 27 January 2010. Sebenarnya beberapa hari sebelum tu aku dah rasa sakit, tapi aku tahan je sebab kalau boleh aku nak bersalin secara normal. Abang kulahirkan secara caesar so aku dah serik nak lalui pengalaman tu lagi namun kuasa Allah tiada siapa yang boleh pertikaikan..
Nampaknya bersalinkan Adik lebih kurang sama macam Abang dia jugak..Ntah kenapa anak bujang aku dua-dua pilih untuk keluar ikut tingkap hehehe..
Apa pun aku memanjatkan jutaan kesyukuran ke hadrat Ilahi kerana memanjangkan umurku dalam pertarungan melahirkan cahaya mataku yang ke empat ni... Pejam celik dah hampir 3 bulan berlalu segala pengalaman jerih perih melahirkan hero ke dua ku ini.. Hari ni Adik dah pandai respon kalau aku mengagah...siap gelak2 lagi kalau betul caranya..
Duhai anak2 mummy, kamulah harta yang tidak ternilai buat mummy. Kehadiran kamu semua melengkapkan hari2 indah yang mummy lalui. Akan mummy berusaha membuat yang terbaik untuk kalian semua. Mummy doakan kalian akan menjadi anak2 yang soleh & solehah.. Amin ya rabbal alamin....

0 comments: